Teks : Zuriati binti Zubir
Foto : Carian Google
Sumber : Aqif Azizan, Write To Wealth; Secrets Of The Millionaire Mind, T Harv Eker
Assalamualaikum wmt.
Rasulullah saw bersabda :
6) Minda Kaya - Bagaimana duit boleh buat duit.
8) Minda Kaya - Bangunkan kemahiran yang bersifat compounding/berganda.
4. Orang kaya berfikir besar. Orang miskin berfikir kecil-kecilan.
5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang. Orang miskin fokus kepada halangan.
1. Pendaftaran Bengkel Offline Asas Akaun masih dibuka
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg.
Foto : Carian Google
Sumber : Aqif Azizan, Write To Wealth; Secrets Of The Millionaire Mind, T Harv Eker
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wmt.
Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya Allah berfirman : Aku akan mengikut prasangka hambaKu dan Aku akan sentiasa menyertainya apabila mereka berdoa kepadaKu."
Prasangka adalah salah satu daya fikiran manusia. Jika seseorang memikirkan hal yang baik-baik, maka Allah pun akan mengikuti prasangka hambaNya itu. Dia akan mewujudkan prasangka baikNya itu dalam kehidupannya.
Ketahuilah, apa yang diterima oleh minda berkenaan perkataan yang membentuk makna atau nilai akan melahirkan tindakan tanpa sedar. - Magis Sebuah Fikiran, Shahrein Remeli.
Seperti semua hukum alam, ada kesempurnaan dalam hukum ini (hukum tarikan). Anda menciptakan kehidupan dengan pemikiran-pemikiran anda. Kerana anda selalu berfikir dan anda selalu mencipta. Tetapi apa yang anda fokus, maka itulah yang akan muncul dalam kehidupan anda. -Rhonda Byrne
Fikiran lahir dari minda. Minda bagaimanakah yang anda miliki? Minda miskin atau minda kaya?
Cara kita berfikir terhadap wang banyak mempengaruhi masa hadapan kewangan kita. Oliver Emberton, pengasas Silktide menjelaskan secara terperinci tentang cara berfikir terhadap kewangan.
1) Minda Miskin - Dapat duit belanja beli utiliti
Majoriti manusia menggunakan duit yang diperolehi untuk belanja membeli utiliti seperti makanan, hiburan dan sebagainya.
2) Minda Kaya - Duit beranakkan duit.
Si minda kaya pula menggunakan duit untuk beranakkan lagi duit mereka.
3) Minda Miskin - Mindset loteri mindset minda miskin kewangan
Kenapa perkara ini berlaku? Sebab mindset pemenang loteri adalah belanja ke arah utiliti.
4) Minda Miskin - Mindset loteri.
Contoh : Beli rumah besar, kereta mewah dan tambah jumlah kredit (pinjaman) untuk beli banyak barang untuk kepuasan diri yang bersifat sementara.
Fakta : pemenang loteri jatuh muflis kurang dari 5 tahun.
Pemenang-pemenang loteri yang menang sehingga multi-juta ringgit, mereka akan hilang semua duit itu dalam tempoh kurang 5 tahun.
5) Tabiat kewangan menentukan masa depan kita.
Perbezaan satu tabiat kewangan akan membezakan seseorang. Orang yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus miskin. Semua ini dipengaruhi oleh bagaimana kita membelanjakan wang yang ada pada kita.
6) Minda Kaya - Bagaimana duit boleh buat duit.
Cara berfikir si minda kaya – Apabila dapat duit, penting untuk fikirkan bagaimana duit sedia ada boleh buat lebih banyak duit.
Cerita tauladan : Kisah bakal bilionair yang celik duit.
Semasa kecil, Warren Buffet (billionair) dan rakannya telah membeli mesin pinball dengan harga $25. Dalam masa beberapa bulan, mereka berjaya jadikan mesin itu sebagai sumber pendapatan mewah.
7) Minda Kaya - Boleh tangguhkan kepuasan.
Cerita tauladan : Kisah bakal bilionair yang celik duit.
Semasa kecil, Warren Buffet (billionair) dan rakannya telah membeli mesin pinball dengan harga $25. Dalam masa beberapa bulan, mereka berjaya jadikan mesin itu sebagai sumber pendapatan mewah.
7) Minda Kaya - Boleh tangguhkan kepuasan.
Si minda kaya berjaya dan luar biasa mampu menangguhkan kepuasan, untuk memaksimumkan pulangan.
8) Minda Kaya - Bangunkan kemahiran yang bersifat compounding/berganda.
Si Minda Kaya sentiasa membangunkan kemahiran yang bersifat compunding/berganda. Contohnya, menjadi pemimpin dalam organisasi. kemahiran ini dapat mengembangkan duit poket bisnes.
Berikut pula adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker.
1. Orang kaya percaya: "Saya menentukan hidup saya." Orang miskin
percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat
apa-apa."
2. Orang kaya berusaha untuk menang/berjaya. Orang miskin berusaha untuk tidak kalah/tidak gagal.
3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Orang miskin hanya 'mahu' menjadi kaya.
4. Orang kaya berfikir besar. Orang miskin berfikir kecil-kecilan.
5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang. Orang miskin fokus kepada halangan.
6.
Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya. Orang miskin
membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan
yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya.
7. Orang
kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya. Orang miskin bergaul
dengan orang yang negatif atau yang gagal/tidak berjaya.
8.
Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri
mereka. Orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan promosi.
9.
Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang
dihadapi. Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil
daripada masalah mereka.
10. Orang kaya sentiasa rasa
bersyukur dan sering berterima kasih. Orang miskin selalu lupa/kurang
bersyukur dan lupa/kurang berterima kasih.
11. Orang kaya
memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan result/hasil. Orang
miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.
12.
Orang kaya berfikir "kedua-duanya". Contoh : saya boleh kaya DAN
beriman. Orang miskin berfikir "sama ada / atau". Contoh : mesti pilih
antara kaya ATAU beriman!
13. Orang kaya fokus pada
jumlah nilai bersih mereka (aset-liabiliti = nilai bersih). Orang miskin
memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.
14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik. Orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.
15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka. Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang.
16. Orang kaya bertindak walaupun takut. Orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.
17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu. Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.
Bagaimanakan minda anda? Adakah minda anda tergolong di dalam minda KAYA atau minda MISKIN?
Anda sendiri yang menentukannya.
"Erti hidup pada memberi".
Salam Ramadhan Kareem.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg.
Promo kelas-kelas lain
2. Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coahing
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes --> 5-7 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Bila sudah sedia, boleh hubungi saya.
Zuriati Zubir
http://zuriatizubir.blogspot.com/
PM/Whatsapp : 019 - 936 7898
2. Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coahing
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes --> 5-7 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Bila sudah sedia, boleh hubungi saya.
Zuriati Zubir
http://zuriatizubir.blogspot.com/
PM/Whatsapp : 019 - 936 7898
Tiada ulasan:
Catat Ulasan