Foto : Carian Google
Sumber : Catatan dari Islam Itu Indah, Radio IKIM fm & Koleksi Sendiri
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wmt.
Setiap perkataan bermula dengan fikiran. Kita bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap diri kita samada dari segi kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain, perkara lain, keadaan lain, cuaca dan sebagainya.
Sistem kepercayaan dan sistem nilai kita membentuk sistem luaran.
Doa Saidina Ali karamullahiwajha :
"Ya Allah jadikan orang memandang tinggi kepadaku, tetapi aku tetap memandang rendah kepada diriku".
Untuk mengubah sistem kepercayaan lama yang tidak baik di dalam hidup kita :-
SEBUT (ucapkan/nyatakan), EMOSI (libatkan perasaan) , BAYANGKAN (visualisasikan) sistem kepercayaan yang baru dan kepercayaan yang positif dalam diri kita.
Buat SKRIP KEHIDUPAN kita setiap hari seperti berikut :-
- BUAT skrip, SEBUT, EMOSI, BAYANGkan.
- Buat selepas solat. Kenapa ? Kerana pada ketika ini (selepas solat), gelombang (wave) otak sedang aktif.
- Buat skrip yang BAIK-BAIK SAHAJA.
- LAKUKAN/BUAT skrip ini dalam tempoh selama 20 minit setiap kali.
- Otak akan dirangsangkan dengan cara senaman otak dalam (INNERCISE).
- BAYANGkan IMEJ DIRI YANG BAIK. (Kita menjadi seperti apa yang kita sentiasa fikirkan)
Bila imej yang kita lihat pada diri kita adalah imej yang positif, maka hasilnya diri kita akan membentuk diri dan perangai (tindak balas diri) ke arah yang positif.
Nyatakan kepada diri anda :-
"SAYA SEORANG YANG BAIK, SAYA TAHU SAYA SEORANG YANG BAIK, SAYA TAHU KENAPA SAYA SEORANG YANG BAIK" - InshaAllah kita akan menjadi orang yang baik.
Fikiran mengawal emosi, jadi kawal fikiran supaya emosi terkawal.
Fakta : 75% penyakit berasal dari minda.
Minda kita seperti taman, apa yang disemai itulah yang akan tumbuh.
Satu perkara yang kita buat berulang-ulang selama 21 hari akan menyebabkan neuron-neuron di otak membuka laluan. Kesan dari pembukaan laluan oleh neuron-neuron di otak ini akan mengakibatkan perbuatan tersebut menjadi tabiat secara automatik.
Oleh itu, sentiasa buat yang terbaik, bercakap yang baik dan berfikir yang baik-baik sentiasa pada bila-bila masa untuk selamanya.
ANDA IALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN.
Semoga bermanfaat. Salam Jumaat penuh barakah.
"Erti hidup pada memberi".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan