Foto : Carian Google, khairulbariyahmasrakin.blogspot.com
Sumber : koleksi sendiri, fiqh-sunnah.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wmt.
KAYA. Ramai orang berimpian, bercita-cita, berharap dan berkeinginan untuk menjadi kaya. Kaya yang menjadi dambaan semua adalah kaya harta. Definasi kaya ini boleh diperluaskan lagi. Ianya tidak terhad kepada material sahaja tetapi juga kepada spiritual, emosi, rohani dan jiwa.
Saya ingin menurunkan beberapa tips atau petua yang saya perolehi dari beberapa seminar, bengkel dan kursus yang pernah saya hadiri yang ada kaitannya dengan kaya. Antara tips atau petuanya :
1) SENYUM.
Apabila kita senyum, tubuh badan kita akan menghasilkan tindakbalas kimia yang positif iaitu serotonin. Kimia serotonin di dalam tubuh kita ini berfungsi sebagai neurotransmitter. Serotonin akan berpadu membentuk elektromagnet yang positif di dalam tubuh. Keadaan ini amat baik untuk kita kerana tubuh yang positif bermaksud kita membawa aura yang positif. Perkara yang positif akan menarik perkara, unsur, orang dan persekitaran yang positif dan baik kepada kita. Senyum yang ikhlas, tempoh minimanya ialah sepuluh saat. Pastikan senyuman anda melebihi sepuluh saat.
Senyum itu juga adalah sedekah. "The more you give, the more you get". Biasa dengar ungkapan ini bukan? Begitulah hukum kehidupan, semakin banyak kita memberi, lebih banyak lagi yang akan kita terima. Beri banyak sedekah, terima pula banyak timbal baliknya. Tidak percaya? Di dalam Islam, Allah SWT menyatakan hukum mudah ini. Lihat gambarajah di bawah. Matematik mudah pengiraan sedekah. Contoh kiraan ini adalah bagi sedekah berbentuk wang ringgit.
Senyum adalah bentuk sedekah yang paling mudah, murah, tiada caj tambahan, tiada caj tersembunyi. Yang penting berikan senyuman manis penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Hasilnya = infiniti.
2) Perbanyakkan ISTIGHFAR.
Istighfar membuka pintu rezeki.
Dalam al-Quran terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentisa beristighfar. Di antara petunjuk di dalam al-Quran seperti di dalam surah Nuh ayat 10-12 :
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
“Maka
aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan
hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan
mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya
sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)menjelaskan ayat ini dalam tafsir:
أي:
إذا تبتم إلى الله واستغفرتموه وأطعتموه، كثر الرزق عليكم، وأسقاكم من
بركات السماء، وأنبت لكم من بركات الأرض، وأنبت لكم الزرع، وَأَدَرَّ لكم
الضرع، وأمدكم بأموال وبنين، أي: أعطاكم الأموال والأولاد، وجعل لكم جنات
فيها أنواع الثمار، وخللها بالأنهار الجارية بينها
“Maksudnya
apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun)
kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan
memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang
barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk
kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu
perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia
akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi
kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis
buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu
Katsir, 8/233).
"Barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan
menjadikan baginya jalan keluar bagi setiap kesusahannya dan menjadikan
kelapangan bagi setiap kesempitannya"
Oleh yang demikian, beristighfarlah sentiasa untuk memasuki pintu gerbang kekayaan.
3) BERSYUKUR
Bersyukur sentiasa di dalam kehidupan kita. Bersyukur atas segala nikmat yang kita perolehi, nikmati dan kecapi. Bersyukur membawa energi atau tenaga yang positif di dalam kehidupan kita. Walau dalam apa keadaan sekalipun, kita mesti bersyukur. Gunakan kesyukuran untuk menukar energi anda. Sebagai contoh, apabila ditimpa musibah, ucapkan alhamdulillah kullihal, yang membawa maksud kita bersyukur atas setiap hal yang menimpa kita. Boleh jadi hal tersebut sebenarnya mendatangkan kebaikan dalam hidup kita. mungkin ketika musibah itu menimpa kita, kita tidak dapat menerima keadaan tersebut. Latih diri untuk ucapkan alhamdulillah kullihal ini sentiasa dan lihat apa yang berlaku seterusnya.
Apabila kita meletakkan semua energi dalam kesyukuran, kita akan lihat keajaiban mengambil tempat dalam kehidupan kita. Syukur membawa energi yang positif kepada kita. Untuk mengubah sesuatu dengan cepat, tuliskan 100 benda atau perkara yang harus kita syukuri setiap hari dengan penuh perasaan. Kuasa adalah dalam perasaan yang kita letakkan dalam kata-kata kesyukuran kita itu. Lakukan hari ini dan hari-hari seterusnya dan lihat perubahan yang mula berlaku dalam kehidupan anda. Kini anda benar-benar menempatkan diri anda dalam lingkungan KAYA.
Sekian dahulu perkongsian tips dari saya hari ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda yang membaca.
'Erti hidup pada memberi"
Salam sukses,kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan