Bismilllahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wmt.
Alhamdulillah, hari Sabtu lepas, 17 Mei 2014 saya diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadirkan diri ke Seminar FBads Missing Chapter 2014 yang dikendalikan oleh Sifufbads Tuan Jamaluddin Bin Bahari atau lebih dikenali dengan Sifu Jamal. Seminar berlangsung di Dewan MCA, Jalan Ampang bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Seminar ini berkisar mengenai tujuh tajuk "The Missing Chapter" atau "Bab Yang Hilang" di dalam perniagan secara online khususnya di Facebook iaitu :-
1) The missing product
2) The missing prospect
3) The missing image
4) The missing copy/copywriting
5) The missing traffic
6) The missing Conversion Rate / ROI / net profit
7) The missing money
Sesi pertama bermula tepat jam 9.00 pagi dengan penampilan Sifu Jamal yang penuh bertenaga dalam menyampaikan ilmu secara santai tetapi penuh padat dengan tip-tip dan nasihat kepada peserta. Apa yang menarik dalam sesi ini ialah perihal pentingnya peniaga-peniaga secara dalam talian atau bisnes online ini untuk memastikan perkara-perkara berikut jika hendak berbisnes secara online, antaranya ialah :
1) Margin keuntungan mestilah melebihi RM30.00. Sekiranya kurang daripada RM30.00, peniaga hendaklah membuat jualan secara pakej, membuat upsell dan memastikan pembeli membuat ulangan tempahan.
2) Memastikan kitaran hayat (product cycle) barangan yang dijual secara online mestilah melebihi enam bulan. Ini bagi memastikan barangan yang dijual tetap ada permintaan dan tidak mudah lapuk.
Sifu Jamal meneruskan bab pertama iaitu "The missing product" dengan memberikan kategori produk-produk yang terlaris yang diniagakan secara atas talian iaitu :
1) Barangan bayi - apa sahaja yang berkaitan dengan bayi, kelahiran, penjagaan bayi, pakaian bayi, peralatan menyusu dan sebagainya.
2) Barangan dapur - antaranya kuali pemanggang, pisau, periuk dan apa sahaja barangan berkaitan dapur daripada peralatan hingga ke gajet-gajet yang digunakan di dapur.
3) Barangan gajet - antaranya ialah powerbank, jam azan dan lain-lain.
4) Produk kecantikan.
5) Produk pakaian.
6) Produk kesihatan.
7) Produk makanan.
Peserta-peserta juga diajar bagaimana untuk memilih produk-produk yang berpotensi untuk dijual secara online atau di Facebook.
Dalam bab seterusnya iaitu "The Missing Prospect" peserta diterangkan tentang prospek atau di dalam bisnes di Facebook, prospek ini dikenali sebagai audiens. Terdapat 9 kategori audiens iaitu Fans, Custom Audiens, Web Custom Audiens, Fans Pesaing/Sama niche/Brand, Lookalike Custom Audiens, Lookalike Web Custom Audiens, Lookalike Page Audiens, Fren of Fans dan Open Audiens. Peserta-peserta telah diterangkan secara terperinci tentang sembilan kategori audiens ini, bagaimana untuk menyasarkan jualan kepada audiens-audiens ini, audiens apa yang bersesuaian dengan perniagaan yang kita jalankan dan langkah demi langkah kaedah untuk menjual kepada prospek-prospek ini di Facebook.
Dalam bab "The Missing Image" Sifu Jamal memberikan tip-tip yang sangat berguna kepada peserta-peserta tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila hendak beriklan di Facebook, bagaimana untuk membuat pemilihan gambar atau imej yang sesuai, teknik-teknik yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat hinggalah kepada pemilihan model, latarbelakang imej, dan pemilihan susunan imej dan warna yang bersesuaian untuk membuat iklan.
Bab keempat iaitu "The missing copy/copywriting", Sifu Jamal menekankan tentang pemilihan kata-kata yang sesuai apabila membuat iklan di Facebook, kerana menurutnya, "85% keputusan untuk membeli disebabkan oleh emosi dan hanya 15% sahaja keputusan membeli dibuat berdasarkan logik". Ini membawa maksud bahawa ayat yang digunakan untuk menjual di Facebook mestilah yang 'memukau emosi' bakal pelanggan. Antara tip-tip yang dikongsikan Sifu Jamal di dalam bab keempat ini ialah iklan yang ditulis atau copywriting ini mestilah ditulis dengan memasukkan ayat-ayat yang menjentik emosi audiens, berdasarkan ciri-ciri dan minat audiens yang dipilih antaranya masalah audiens, apa yang ditakuti (fear), inspirasi/motivasi dan impian mereka. Iklan juga ditulis berdasarkan gambar yang dipilih, berbentuk ayat 'bual' dan dengan jalan cerita yang tersusun.
Peserta-peserta diajar bagaimana untuk membuat copywriting untuk iklan di telefon pintar dan juga di komputer / desktop. Ayat apa yang perlu ditulis, imej apa yang perlu dipaparkan dan pada barisan perkataan yang ke berapa ayat CTA (Call To Action) atau Panggilan Tindakan dimasukkan. Peserta-peserta juga didedahkan tentang 4 Teknik Terbaik Copywriting.
Dalam bab kelima, " The Missing Traffic", peserta diajar bagaimana untuk mendapatkan "traffic" yang banyak dan berkualiti dengan kata lain audiens yang akan LIKE page kita di Facebook, menjadi fans dan prospek pembeli produk kita. Melalui bab ini, peserta didedahkan dengan TEKNIK REMPIT 24 JAM, TEKNIK HITAM, TEKNIK HANTU, TEKNIK SAKA dan TEKNIK GERILLA. Peserta-peserta juga didedahkan secara terperinci tentang teknik membuat bidding dan kaedah pengiklanan apakah yang bersesuaian untuk produk kita samada secara CPC (Cost Per Click), CPM (Cost Per Imressions), OCPM (Optimized Cost Per Impressions) dan Boost Post.
Peserta-peserta diterangkan bagaimana untuk mendapatkan CR (Conversion Rate) atau Kadar Tukaran, ROI (Return On Investment) atau pulangan atas pelaburan, dan Net Profit atau Untung Bersih di dalam Bab Keenam dan Ketujuh.
Seminar yang saya kira nilainya melebihi dari yuran yang dibayar ini berakhir pada jam 5.00 petang. Terima kasih kepada Sifu Jamal atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa seminar ini amat baik, penuh informasi dan padat dengan tip-tip dan info terkini. Alhamdulillah, saya dapat mencedok sedikit-sebanyak ilmu di dalam seminar ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan seminar ini di http://www.facebook.com/sifufesbukads atau di www.sifufbads.com
Sekian dahulu perkongsian saya buat kali ini. Diharap ianya memberi manfaat buat anda yang membaca.
"Erti hidup pada memberi".
Salam penuh kasih sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan