Selasa, 16 Disember 2014

CARA MENUKAR SETTING JAHITAN KE JAHITAN NARROW/ ROLLED HEM BAGI MESIN BROTHER 3034D

Teks : Zuriati Zubir
Photo : Koleksi sendiri


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wmt


            Hari ini saya nak kongsikan satu tutorial mudah bagaimana untuk menukar setting mesin jahit Brother 3034D dari setting biasa kepada setting Narrow Overlock/ Rolled Hemming Stitches. Setting ini kita gunakan untuk menjahit tepi tudung atau sebagai kemasan hujung lengan atau kemasan hujung baju.



Untuk jenis jahitan ini kita akan hanya menggunakan satu jarum iaitu jarum sebelah kanan dan menggunakan 3 benang sahaja. 

Ikuti langkah berikut :

1) Buka jarum sebelah kiri dengan menggunakan alat pembuka skru halus seperti dalam gambar 1.


2) Alihkan atau keluarkan 'stitch finger' (gambar 2).



3) Naikkan pengangkat (lever) tapak jahit (gambar 3).

4) Buka penutup depan mesin (gambar 4).

5) Pusingkan pemutar tangan (handwheel) (gambar 5) sehingga kedudukan 'upper looper' (gambar 6) paling bawah.




6) Tarik 'stitch finger'  ke kanan dan keluarkannya dari kedudukannya di mesin (gambar 7).

7) Simpan 'stitch finger' ke tempat yang disediakan pada penutup depan mesin (gambar 8).

9) Laraskan 'pemutar lebar jahitan" ke kedudukan 5R (pemutar terletak di bahagian bawah tapak jahit) (gambar 9).

10) Laraskan pemutar yang terletak di bawah pengangkat tapak jahit ke kedudukan R (Gambar 10).



11) Laraskan 'differential feed' ke kedudukan 0.7 untuk menjahit kain chiffon, georgette dan  seumpamanya (gambar 11). Bagi kain lycra laraskannya di kedudukan 1.0 (gambar 13).



12) Laraskan 'tension adjustment dial' ke kedudukan 4,5,7 bagi kain chiffon, georgette dan seumpamanya (gambar 12)  dan ke kedudukan 5,5,7 bagi kain lycra dan seumpamanya (gambar 14).

13)  Selamat menjahit !

14) Hasil jahitan bagi kain lycra (gambar 15) dan kain chiffon (gambar 16).



Salam ceria !

"Erti hidup pada memberi"

16 ulasan:

  1. thanx share.sy tgh belaja nak guna mesin 3034d ni hehe

    BalasPadam
  2. Tq dear..saya memang tgh mencari cara utk jahiy halus ni..awak guna jarum yg luar ke..yg dalam yer

    BalasPadam
  3. Salam..klau setting utk jahit tepi biase ape ye?

    BalasPadam
  4. thanks share info ttg mesin jahit tepi.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Lain2 tiada.Dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum! kalau mesin silver star mcmn nak kecilkan jhtn tepi

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum! kalau mesin silver star mcmn nak kecilkan jhtn tepi

    BalasPadam
  7. Terima kasih. Mmg sgt memerlukan tutorial ini sekarang!

    BalasPadam
  8. Tq info. Mcmana setting nya klu kain jenis cotton atau kain biasa buat baju?

    BalasPadam
  9. lari topik skit..mesin ni kena tambah minyak tak sbb saya x tahu kat mane tempat nak letak minyak mesin, tq

    BalasPadam
  10. Tq.. Sgt berguna.. Terima kasih dia atas perkongsian.. Hanya Allah yg mampu membalas jasa puan..

    BalasPadam
  11. salam..nk tanya ni guna benang apa ya?? benang kpas @ poliester ??

    BalasPadam
  12. hi sis.. mane nk beli jarum mesin ni ye?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum sis.. Nk tya stitch finger sy da hilang 😢😢 d mn sy bole beli ya ??

    BalasPadam