Teks : Zuriati Zubir
Foto : carian google
Sumber : Kuliah Oleh Dr Norhissam Mustafa,
CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Foto : carian google
Sumber : Kuliah Oleh Dr Norhissam Mustafa,
CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wmt.
Ramadhan semakin menampakkan dirinya. Tinggal 12 hari lagi sebelum kemunculan penuh Ramadhan. Perkongsian hari ini ialah berkenaan puasa dari sudut kesihatan.
Di zaman kegemilangan Islam dahulu, ibadah puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah bulan berlangsungnya pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku di bulan Ramadhan, antaranya perang Badar.
Namun kini keadaan berubah sebaliknya. Bulan Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan selebihnya adalah pesta makanan.
Bulan Ramadhan sewajarnya dan sepatutnya dijadikan bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa untuk menghilangkan ketagihan rokok, ketagihan perkara-perkara yang negatif, bulan di mana hati-hati insan adalah lembut, bulan keluasan rezeki, bulan memperbaiki institusi keluarga dan pelbagai lagi perkara-perkara yang positif.
Mengikut kajian, antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam menjalankan ibadah puasa adalah :-
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa.
Nabi Muhammad saw berbuka puasa hanya dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi kandungan potassiumnya seperti makanan bergula perang, BUKAN bergula putih) dan segelas air kosong.
Mengapa kurma ? Kerana hakikat sebenarnya berbuka puasa bukan untuk perut tetapi sebenarnya untuk memberi tenaga kepada hypothalamus . Hypothalamus adalah satu kawasan di otak di antara thalamus dan otak tengah, yang berfungsi sebagai pusat kawalan sistem saraf utama yang mengawal kitaran waktu tidur, suhu badan, selera makan dan sebagainya. Ia juga berperanan sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan hormon-hormon.
Hypothalamus yang keletihan kerana berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ia boleh membawa masalah yang serius kepada kesihatan. Cara untuk mengatasi : Elakkan untuk menghidangkan makan malam semasa kita berbuka puasa.
2. Window shopping ke bazar Ramadhan.
Perbuatan 'window shopping' ke bazar Ramadhan akan mengganggu fungsi kawalan hypothalamus. Ia akan mengakibatkan kita hilang perhitungan dan berakhir dengan tindakan kita membeli makanan yang sebenarnya tidak kita perlukan.
3. Melewatkan solat maghrib.
Makanan yang dimakan semasa berbuka puasa akan menghasilkan tenaga untuk diagihkan ke seluruh tubuh badan kita melalui sel-sel. Setiap 1 kilo berat mempunyai 10,000 trilion sel. Tenaga yang telah dihasilkan dari makanan yang dimakan semasa berbuka tadi perlu ditolak oleh tenaga yang digunakan semasa solat maghrib yang disegerakan.
4. Makan malam sebaik berbuka.
Lazimnya kita akan terus makan malam sebaik selepas berbuka puasa. Makan malam sepatutnya dibuat selepas kita selesai solat Maghrib. Ini adalah kerana selepas solat maghrib, sel-sel di dalam tubuh badan kita telah mendapat tenaga. Apabila kita makan selepas solat maghrib, kita akan secara automatik maka dengan secara baik, tidak gopoh dan tidak terkejar-kejar. Makanan yang dihidangkan pula hendaklah tidak lebih dari 5 hidangan. Ia mestilah terdiri daripada nasi, lauk, sayur, buah dan air sahaja.
5. Mandi dengan air panas selepas makan malam.
Selepas makan malam lebih kurang pada jam 7.30 malam ke atas, sekiranya kita ingin mandi adalah disarankan untuk kita mandi dengan menggunakan air sejuk. Kebiasaannya, kita akan mandi dengan menggunakan air panas pada waktu malam dan pagi kerana kononnya untuk mengelakkan paru-paru berair. Perkara ini tidak benar kerana dalilnya, kita disuruh untuk menyegerakan mandi hadas besar tanpa menunggu pagi.
Esok, saya akan berikan pula sambungan kepada artikel ini dengan tip-tip yang bermanfaat melalui perkongsian kuliah dari Dr Norhissam ini untuk memastikan ibadah puasa yang dijalankan mencapai tahap yang maksimum.
"Erti hidup pada memberi"
Salam Ramadahan Karim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan