Foto : Carian Google
Sumber : Sumber: http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/157448/
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wmt.
Tahukah anda, mentol pijar telah dicipta oleh saintis genius Thomas Alva Edison yang berasal dari Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 1879. Menariknya sebelum berjaya mencipta lampu mentol pijar tersebut terdapat lebih kurang 22 orang yang telah membuat percubaan untuk mencipta mentol terdahulu.
Thomas Alva Edison adalah orang pertama yang telah berjaya mencipta lampu mentol pijar yang boleh berfungsi dan mempatenkannya, yang seterusnya digunakan bagi tujuan komersial.
Mungkin ramai yang tidak tahu beliau bukanlah orang yang mula-mula mencipta lampu mentol pijar. Sebaliknya dia hanya membeli paten mentol pijar daripada orang yang mula-mula mencipta mentol pijar tersebut !
Mungkin fakta yang akan saya kemukakan ini lebih mengejutkan atau mungkin telah pun sedia diketahui. Thomas Alva Edison atau orang lain yang digembar-gemburkan oleh sejarawan barat sebagai pencipta atau penemu mentol lampu pijar sebenarnya bukanlah pencipta pertama mentol lampu pijar.
Penggunaan mentol lampu telah wujud sejak zaman Mesir Purba lagi. Penemuan pelbagai ukiran dan corak pada permukaan dinding Kuil Hathor di
Kompleks Kuil Dendera Mesir, membongkar satu rahsia yang menarik
mengenai masyarakat Mesir purba. Rekaan ukiran tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba
mendapatkan sumber pencahayaan melalui penggunaan mentol dan lampu arka.
Pemeriksaan teliti terhadap gambar-gambar yang terdapat di Kuil Hathor
menunjukkan bahawa penebat bervoltan tinggi telah diguna pakai, sama
seperti yang ada pada masa kini; struktur ini disokong oleh tiang yang
berbentuk segi empat bujur yang menyerupai sebiji mentol (dipercayai
telah digunakan sebagai penebat dan dikenali sebagai Djed Column). Ini
merupakan penemuan yang menakjubkan kerana reka bentul mentol lampu yang
kita gunakan pada hari ini mempunyai ciri yang serupa pada zaman Mesir
purba.
Walter Garn, seorang jurutera elektrik berbangsa Austria telah mengkaji ukiran yang terdapat pada permukaan dinding secara terperinci, dan menghasilkan semula penebat Djed Column, mentol dan pintalan wayar dan hasilnya, model yang dibina oleh beliau berfungsi dan memancarkan cahaya.
Dalam satu saluran dokumentari pada September 1996 oleh Amerika ABC, sistem pencahayaan ini telah diuji semula oleh para saintis di hadapan kamera dan kejayaan sekali lagi dicapai dan cahaya diperolehi. Secara asasnya, ini hanyalah mentol dan ia berfungsi melalui teknik yang dipaparkan pada lukisan dinding masyarakat Mesir purba, sehingga menghasilkan cahaya.
Menarik bukan ? Mengapa saya paparkan fakta ini ? Ya, supaya anda dan diri saya juga lebih tahu dan celik sejarah. Bukan untuk dibanggakan, tetapi agar kita lebih mengenal kemampuan diri dan faham bahawa Allah SWT menjadikan kita ini penuh dengan potensi dan pelbagai kepakaran dan kemahiran. Apa yang perlu kita lakukan ialah cari dan gali potensi tersebut di dalam diri kita dan keluarkan kehebatan diri kita yang sebenar. Siapa tahu mungkin selepas ini anda bakal menjadi pereka atau penemu ciptaan baru yang bermanfaat kepada masyarakat dan mencipta sejarah diri anda yang hebat, inshaAllah.
"Erti hidup pada memberi"
Salam mengenal diri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka
kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat
menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan
harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog
berikut:
i. Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
ATAU
ii. Satu Blog untuk Bisnes
Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)
Blog yang ditempah meliputi:
✔ Borang tempahan
✔Penambahan gajet - 5 Label
✔ Link fanpage/facebook
✔10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.
***Bonus juga akan diberikan
Jika berminat hubungi saya:
Emel: zuriatizubir@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-936 7898
Facebook: Zuriati Zubir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan