Isnin, 30 Jun 2014

TIPS PENUH MANFAAT DARI SURAH AL-INSHIRAH

Teks : Zuriati Zubir
Foto : Carian Google
Sumber : Tanyalah Ustaz episod Anak Cemerlang Bahagian 1-TV9



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wmt.

                       Hari ini 30 Jun 2014 bersamaan 2 Ramadhan 1435H. Sudah hampir 2 hari (ketika catatan ini ditulis) Ramadhan 1435H kita jalani. Selamat menjalani ibadah puasa bagi yang boleh berpuasa. Ini tidak bermakna bagi yang tidak boleh berpuasa (kerana uzur syarie) maka Ramadhan yang dilalui dibiarkan berlalu tanpa apa-apa pengisian yang bermanfaat. Perbanyakkan berzikir dan berdoa di hari-hari yang tidak mengizinkan kita berpuasa agar keberkatan Ramadhan terlimpah juga kepada diri kita.

Hari ini saya ingin berkongsi tips yang sangat bermanfaat yang diambil dari Surah Al-Insyirah, surah ke 94 di dalam al Quran yang mengandungi 8 ayat. Bagaimana kita boleh menggunakan surah ini dan mengamalkan membacanya agar hidup kita sentiasa dilapangkan Allah SWT. Ikuti tips danpanduan berikut :-




AYAT 1

Maksud : Bukankah kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk ?

Tip : Baca ayat 1 ini dan tiupkan di telapak tangan, sapukan ke dada. Mintalah kepada Allah SWT agar melapangkan dada dari segala permasalahan dan supaya dada kita menjadi lapang, hati menjadi tenang dan jiwa menjadi tenteram.

AYAT 2

Maksud : Dan Kami telah meringankan daripada mu : bebanmu (menyiarkan Islam).

Tip : Baca ayat kedua ini dan tiupkan ke telapak tangan, kemuadian sapukan ke kedua-dua bahu sambil memohon kepada Allah SWT agar diringankan beban, masalah-masalah hutang dan seumpamanya.

AYAT 3

Maksud : Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya) ?

Tip : Baca ayat ketiga ini, tiupkan ke kedua-dua tapak tangan, kemudian sapukan ke kedua-dua pinggul sambil memohon kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan tubuh badan, diringankan segala beban  diberikan ketenangan, diberikan wajah yang sentiasa tersenyum.

AYAT 4

Maksud : Dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan).

Tip : Baca ayat keempat ini, tiupkan ke telapak tangan sebanyak 3 kali, sapukan ke muka dan dibawa terus ke belakang kepala seraya memohon kepada Allah SWT  agar meningkatkan darjat kita dan mohon juga kepada Allah SWT agar dengan usaha yang sedikit yang kita lakukan Allah SWT bantu selesaikan segera segala urusan dan permasalahan yang kita hadapi. Boleh juga memohon untuk dikurniakan wajah yang jelita bagi wanita dan tampan bagi lelaki (tips kecantikan mudah)

AYAT 5

Maksud : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

AYAT 6

Maksud : (sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

AYAT 7

Maksud : Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).

AYAT 8

Maksud : Dan kepada Tuhan mu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)


Semoga bermanfaat, wallahua'lam.

"Erti hidup pada memberi"

Salam Ramadhan Kareem.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pendaftaran setiap hari di Akademi Bekerja di Rumah. Bergabung bersama 750 blog.
Pilih mana-mana kelas/servis di bawah:

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari
-kelas akaun online - 19 Julai 2014, lokasi : Shah Alam.
-personal coahing 

 6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
9. Tempahan blog bisnes--> 3-5 hari siap
10. Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Untuk info tentang kelas-kelas online klik sini

Pakej Kelas Online
 
Bila sudah sedia, boleh hubungi saya.
 
Zuriati Zubir
email : zuriatizubir@gmail.com
Whatsapp/sms : 019-936 7898


Tiada ulasan:

Catat Ulasan